Music Player

Thursday, October 24, 2013

Pebincangan hari ini~~

Assalamualaikum semua..

Hari ini mari kita sembang-sembang santai psl 3 benda yg sgt dperlukan klu kita terdampar di pantai yg jauh dari orang lain, dari kehidupan anda yang selesa. Apa ye??

Kalau aku terdampar di kawasan yg jauh dari org, apa yg aku nak sgt bawa :-
Cermin mata

Pisau
Telekung 

3 benda ni sgt diperlukan bila kita terdampar di pelosok mana sekali pun. First thing first, pasal cermin mata. Dalam kehidupan aku sejak dari form 3 lagi aku memang tak boleh kalau tak ada cermin mata kesayangan ni. Al maklum lah rabun jauh makin lama makin jauh , makin banyak power nya sampai mencecah lebih kurang 300-400 untuk sebelah mata je. wahh memang tak nampak ape la kalau tak ada benda alah..sedihh....huhuhu..

Yang kedua, pisau pun sangat penting. Lagi-lagi untuk kaum wanita, even dekat kawasan yang dah biasa pun sebenarnya kaum hawa ni sangatlah perlukan pisau. Tak perlu besar gedabak pun, bawa setakat yang boleh laras sudahla, asal boleh bantu mempertahankan diri.. Kalau dalam hutan ke pantai ke yang jauh dari orang lain, at least dengan adanya pisau kita boleh cari makanan selain boleh elak binatang buas ke makhluk buas lain yang datang mendekat kepada anda. Skema yaya pula;P

Yang ketiga, telekung. kelengkapan solat untuk wanita yang teramat lah penting dimana sahaja anda berada. Sebab kalau tak ada telekung, nak solat tu kadang-kadang ragu-ragu takut ternampak kaki, pakaian ketat dan sbgainya. Mungkin setengah orang ok, tp bg aku, aku mesti nak ada telekung. Wajib!

Semua ni relate pada diri sendiri sebenarnya. Apa yang penting, belajar berfikiran out of box utk berjaya dan maju kehadapan tanpa berundur kebelakang.

Sekian, sesungguhnya yang kurang datang dari diri saya sendiri dan yang baik dari Allah S.W.T.
Wassalam <3 :)

Sunday, October 20, 2013

Kuliah kuliah. No more holiday.. No more serabut pasal dia

Hellowwww.... I'm back to Shah Alam, yeay! :-l
Back to my life as student ye,
"Fikirkan study 'anda' ye Noor Yasmin!"
"Buang apa yg tak patut 'anda' fikirkan dan serabutkan dalam otak sampai termimpi-mimpi disiang hari ye! Tu semua 'nonsense', tak penting langsung dah dalam hidup! Asal 'die' tak kacau hidup 'kau' dah.. "
Jangan jadi macam dalam mimpi tu dahla.. Tetiba nak sound - sound aku pulak apa hal mamat tu.. Aku tak kacau dah hidup kau kot. Kau yg selalu kacau hidup aku. Tak kisah lah.. Benda lepas, yang penting kau dah bahagia dengan budak muda tu. Teruskanlah tp stop lah mainkan perasaan, kalau betul sayang stick jela ngn dia. Kalau tak, lupakan jela hasrat tu!

Arghh merepek sudah.. K bai~