Music Player

Thursday, November 7, 2013

HIJRAH

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Apa khabar untuk hari ini?Semoga hari ini lebih baik daripada sebelumnya ye. In shaa Allah~
Pejam celik pejam celik akhirnya kita dah masuk tahun baru dah. Bukan tahun baru "New Year" sangat tu ye. Tapi ini Awal Muharram, yakni Tahun Baru Hijrah (Maal Hijrah). Kita dah melangkah ke Tahun Baru 1435H. Subhanallah, sungguh cepat masa berlalu kan. Hari ini pun dah 3Muharram 1435H.

So, apa pengertian hijrah dalam hidup anda? Masing-masing mesti ada kefahaman sendiri kan tentang hijrah ni... Ok, let's talk about own perception.

Pada aku, erti penghijrahan ni sangatlah meluas. Kalau ikut macam dalam lagu Maal Hijrah tu :

1 Muharram detik perjuangan
Perpindahan kaum Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban, harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu
Mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman (2x)

Lagu yang sangat bermakna bagi aku. Ok, back to our topic discussion, pengertian hjrah bagi aku ialah, kita ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya contoh sebelum ni hidup tak tentu arah, cakap ibu bapa tak berapa nak dengar, time management tak bagus, hubungan dengan orang selalu ada je tak kena, dan macam-macam lagi. Bila kita nak berhijrah, kita nakkan hidup sentiasa diberkati Allah, jaga hubungan sesama manusia terutama ibu bapa. Hubungan dengan orang lain pula, kena sentiasa berbaik sangka (Husnu Zon). Selain hubungan dengan manusia, apa yang penting dalam hidup kita, sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah S.W.T.. Perkara yang tersangatlah penting. Jaga solat 5 waktu. Bila penghijrahan yang diinginkan, solat 5 waktu sentiasa di awal waktu, + dengan solat sunat muakkad, solat sunat fardhu, solat sunat malam, solat dhuha dan sebagainya. Terlalu banyak amalan yang Allah janjikan pahala yang besar untuk kita, tapi kenapa ia sangat susah untuk kita buat sedangkan soal dosa punya ringan kan. Itu lah kehidupan. Makanya, di Tahun Baru ini (1435H), mari kita sama-sama berhijrah menuju Jalan Allah.

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ku jahil sekarang ku berhijrah.
Dulu dulu ku menderita sekarang sangat bahagia.
*by Heliza Helmi- 3tahun TV AlHijrah
(In shaa Allah mudah-mudahan.. Ameen)

Antara 7 amalan sunnah utama Nabi SAW itu adalah: 

1)Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

2)Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi. 

3)Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

4)Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. 


5)Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda. 


6)Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

7)Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Apa yang penting ISTIQAMAH ! Mari kita sama-sama amalkan sunnah nabi. Semoga penghijrahan kali ini membawa 1000 erti untuk seluruh umat Islam. Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang dicintai, Ameen~~~

Thanks a lot to http://muamalatmurni.blogspot.com kerana berkongsi ilmu 7 amalan sunnah.
Renung-renungkan dan selamat beramal ;) -Prof Izi